Friday 30 September 2011

susur galur keluarga, semakin dilupakan?


Keluarga merupakan satu fakta dalam sejarah hidup setiap manusia. Di mana kita bermula kalau bukan daripada pembinaan sebuah keluarga dan daripada situlah kita dilahirkan. Keluarga juga menjadi tonggak utama dalam pembangunan dalam diri individu. Keluarga dijadikan sumber sokongan utama, 'role model' dan juga menjadi pemandu arahdalam mengharungi kehidupan sehari-hari menuju masa depan. Namun pada masa ini, ramai yang tidak sedar tentang seluas dan sebesar mana sebenarnya keluarga yang mereka miliki ini. 'Keluarga' bukan sahaja terdiri daripada 'keluarga asas - datuk, nenek, ibu, bapa dan adik beradik yang lain tetapi juga merangkumi bapa dan ibu saudara, datuk dan nenek saudara serta sepupu-sepupu serta saudara-mara yang lain. Betapa besar sebenarnya keluarga yang kita ada ini tanpa kita sedari dan ketahui?

Susur galur keluarga daripada nenek moyang tidaklah terlalu sukar untuk dikenalpasti dan dicari sekiranya ada usaha dan keinginan untuk mengetahuinya. Caranya mudah, rajin-rajinkan diri untuk bertemu saudara-mara yang lain dan buat sedikit 'interview' dengan mereka mengenai carta keluarga dari sebelah keluarga mereka, secara tidak langsung kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan saudara-mara yang lain. Paling penting adalah keinginan untuk mengetahui susur galur keluarga dan korbankan sedikit usaha untuk ini. Tidak rugi sekiranya kita melakukan perkara ini kerana ia merupakan satu usaha mengikat kembali hubungan yang mungkin renggang dan sedikit jauh dahulu. Betapa bangganya kita apabila satu hari bila mengetahui susur galur keluarga dan di dalam galur itu terdiri daripada beberapa nama-nama terkemuka di Malaysia.. (Wahh...rupanya saya berkeluarga dengan Tun/Tan Sri/Dato .......) Bangga bukan?

Bapa saya juga pernah/sedang berusaha untuk menyiapkan susur galur keluarga kami (sebelah bapa). Tidak mudah. Memang sangat ramai. Terlalu ramai jika ditulis di atas kertas. Banyak nama-nama yang saya tidak kenali pun termasuk dalam carta ini (lihat betapa ruginya apabila tidak mengenali keluarga sendiri.. hehehehe). Tapi sehingga kini carta tersebut belum dapat disiapkan kerana terdapat beberapa perkara yang menghalang. Namun saya sendiri berharap agar carta itu dapat disiap dan mengikut perancangan bapa saya, ia akan dibukukan. Ya, dibukukan agar sejarah keluarga itu tidak luput begitu sahaja dengan kehadiran generasi-generasi baru. Bak kata pepatah 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan'. Ia akan terus segar dalam ingatan sebagai sejarah keluarga.

(post saya di Words Through My Thought - 23 April 2009)

agenda Yahudi menakluk dunia..

Mungkin ramai yang tidak tahu atau kurang tahu mengenai kuasa sebenar Yahudi ke atas dunia khasnya ekonomi dan perdagangan dunia. Seluruh mata menyorot ke Amerika Syarikat sebagai kuasa terbesar dunia. Kuasa yang banyak mempengaruhi keputusan-keputusan badan atau organisasi dunia. Amerika itu, Amerika ini. Tetapi siapa sebenarnya mendalangi kuasa dan pengaruh ini dan ber'tapuk' di sebalik nama Amerika Syarikat? Ia adalah golongan 'kaya-kaya' Yahudi. Bangsa yang tidak punya tempat di muka bumi. Bangsa berpindah-randah dan cuba merampas tanah milik orang lain dan menjadikan tanah itu sebagai hak mereka. Mereka dalang yang cuba menakluk dunia dengan cara sendiri. Semua adalah untuk mencapai cita-cita yang busuk. 

Yahudi, bangsa yang pada setiap pelosok dunia bermula tahun 1400 dimusnahkan etniknya. Etnik yang dikatakan terlalu hina dan harus di-zero-kan daripada muka bumi. Bangsa ini lebih sesuai dipanggil bangsa-talam-dua-muka. Bangsa yang menjerut leher orang lain dari belakang. Sememangnya sudah tercatat di dalam Kitab Suci Al-Quran mengenai bangsa yang berasal daripada keturunan Yahuza ini. Asalnya, Yahuza juga mempunyai sejarah 'rosak' apabila telah cuba membunuh saudara kandung sendiri iaitu Nabi Yusuf tetapi tidak berjaya. Dan kini, bangsa Yahudi berterusan berperangai sebegini sehingga kiamat dunia.

Ingat dan ketahui, peristiwa-peristiwa besar yang terjadi pada hari ini adalah didalangi oleh bangsa Yahudi. 24 Protokol Yahudi menjadi panduan untuk tindakan bangsa tersebut dalam rangka menubuhkan sebuah 'Kerajaan Yahudi Antarabangsa' yang memerintah bumi. Mereka bermula dengan menguasai fikiran manusia - mind control. Yahudi bangsa sombong dan kejam. Ayuh kita lawan kuasa ini. Kita bersama-sama Allah SWT menentang bangsa zalim ini.

"Pasti kamu akan dapati, orang yang paling kuat penentangannya terhadap orang beriman adalah orang Yahudi dan orang yang menyekutukan Allah..." (Surah Al-Maidah, ayat 82)

melihat 'negara' Sabah..

Ini luahan rasa. Luahan rasa kerana sayangkan 'negara' Sabah. Iya Negara Sabah. Kenapa? Terkejut? Iya, sejak bila Sabah ini adalah sebuah negeri di bawah Federation Malaysia? Sabah bukan Pahang. Sabah tidak sama dengan Perlis, Johor mahupun Melaka. Sabah sebuah wilayah sendiri dahulunya sama seperti Singapura dan Brunei. Kemenjadiannya Persekutuan Malaysia adalah kerana adanya gabungan di antara Tanah Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Tidak pun ternyata Pahang atau Johor atau Melaka sebagai gabungan di antara Singapura, Sabah dan Sarawak ini. Yang ada cuma Tanah Malaya. Jadi sejak bila Sabah setaraf dengan negeri-negeri di Tanah Malaya?

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua,
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah Negeri Merdeka...

Sepatutnya negeri ini negeri merdeka, bukan negeri yang dikongkong oleh suatu kuasa parti dari luar Sabah. Kuasa berlagak seperti koloni Inggeris dulu-dulu. Ceh! Apalah makna merdeka kita ini kalau akhirnya harta kekayaan bumi Sabah dirompak dirampas demi kekayaan orang luar. Bukankah sama seperti koloni Inggeris dulu kalau begini? Macam kita sudah 'bangang' seolah tidak pandai menilai. Bikin meluat dengan rupa gaya yang sombong orang-orang Malaya yang angkuh. Mau jadi 'boss' di mana-mana gayanya. Tengok pada suatu ketika, itu keangkuhan lebur macam 'tahi' di dalam lubang tandas nanti. Serupa saja...

yang ke berapa kalinya..

Ini bukan yang pertama. Bukan juga yang kedua, dan mungkin bukan yang terakhir. Semakin melalui pertambahan usia, semakin banyak yang dilihat, dialami dan difikirkan. Sama ada yang membebankan atau menyenangkan. Apa sahaja di dalam blog ini, penulisan atau segala gambar adalah tidak harus dipersoal kerana ia adalah atas pengalamian diri sendiri. Tetapi jika ia berlaku, jawapan saya mudah.. "Ada saya kisah?".

Emosi bukan pokok utama tapi ia mungkin suatu luahan perasaan. Maka harus dilayani luahan ini sama ada oleh yang ditujukan, tertuju atau secara tidak sengaja terasa ditujukan. Oh ya, bahasa juga mungkin menjadi suatu makanan sedap - rojak. Jangan juga dipersoalkan kerana sepatutnya Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama di Negeri Di Bawah Bayu sudah menjadi Bahasa Melayu/Malaysia/Baku??? Salah siapa? Entah, hantu jerangkung barangkali. 

Segala rasa terkilan di atas post/entry di blog ini sila buang jauh-jauh kerana sepatutnya ia tidak perlu wujud. Ok, selamat memenatkan mata membaca. :)