Friday 30 September 2011

yang ke berapa kalinya..

Ini bukan yang pertama. Bukan juga yang kedua, dan mungkin bukan yang terakhir. Semakin melalui pertambahan usia, semakin banyak yang dilihat, dialami dan difikirkan. Sama ada yang membebankan atau menyenangkan. Apa sahaja di dalam blog ini, penulisan atau segala gambar adalah tidak harus dipersoal kerana ia adalah atas pengalamian diri sendiri. Tetapi jika ia berlaku, jawapan saya mudah.. "Ada saya kisah?".

Emosi bukan pokok utama tapi ia mungkin suatu luahan perasaan. Maka harus dilayani luahan ini sama ada oleh yang ditujukan, tertuju atau secara tidak sengaja terasa ditujukan. Oh ya, bahasa juga mungkin menjadi suatu makanan sedap - rojak. Jangan juga dipersoalkan kerana sepatutnya Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama di Negeri Di Bawah Bayu sudah menjadi Bahasa Melayu/Malaysia/Baku??? Salah siapa? Entah, hantu jerangkung barangkali. 

Segala rasa terkilan di atas post/entry di blog ini sila buang jauh-jauh kerana sepatutnya ia tidak perlu wujud. Ok, selamat memenatkan mata membaca. :)

No comments:

Post a Comment