Friday 30 September 2011

susur galur keluarga, semakin dilupakan?


Keluarga merupakan satu fakta dalam sejarah hidup setiap manusia. Di mana kita bermula kalau bukan daripada pembinaan sebuah keluarga dan daripada situlah kita dilahirkan. Keluarga juga menjadi tonggak utama dalam pembangunan dalam diri individu. Keluarga dijadikan sumber sokongan utama, 'role model' dan juga menjadi pemandu arahdalam mengharungi kehidupan sehari-hari menuju masa depan. Namun pada masa ini, ramai yang tidak sedar tentang seluas dan sebesar mana sebenarnya keluarga yang mereka miliki ini. 'Keluarga' bukan sahaja terdiri daripada 'keluarga asas - datuk, nenek, ibu, bapa dan adik beradik yang lain tetapi juga merangkumi bapa dan ibu saudara, datuk dan nenek saudara serta sepupu-sepupu serta saudara-mara yang lain. Betapa besar sebenarnya keluarga yang kita ada ini tanpa kita sedari dan ketahui?

Susur galur keluarga daripada nenek moyang tidaklah terlalu sukar untuk dikenalpasti dan dicari sekiranya ada usaha dan keinginan untuk mengetahuinya. Caranya mudah, rajin-rajinkan diri untuk bertemu saudara-mara yang lain dan buat sedikit 'interview' dengan mereka mengenai carta keluarga dari sebelah keluarga mereka, secara tidak langsung kita dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dengan saudara-mara yang lain. Paling penting adalah keinginan untuk mengetahui susur galur keluarga dan korbankan sedikit usaha untuk ini. Tidak rugi sekiranya kita melakukan perkara ini kerana ia merupakan satu usaha mengikat kembali hubungan yang mungkin renggang dan sedikit jauh dahulu. Betapa bangganya kita apabila satu hari bila mengetahui susur galur keluarga dan di dalam galur itu terdiri daripada beberapa nama-nama terkemuka di Malaysia.. (Wahh...rupanya saya berkeluarga dengan Tun/Tan Sri/Dato .......) Bangga bukan?

Bapa saya juga pernah/sedang berusaha untuk menyiapkan susur galur keluarga kami (sebelah bapa). Tidak mudah. Memang sangat ramai. Terlalu ramai jika ditulis di atas kertas. Banyak nama-nama yang saya tidak kenali pun termasuk dalam carta ini (lihat betapa ruginya apabila tidak mengenali keluarga sendiri.. hehehehe). Tapi sehingga kini carta tersebut belum dapat disiapkan kerana terdapat beberapa perkara yang menghalang. Namun saya sendiri berharap agar carta itu dapat disiap dan mengikut perancangan bapa saya, ia akan dibukukan. Ya, dibukukan agar sejarah keluarga itu tidak luput begitu sahaja dengan kehadiran generasi-generasi baru. Bak kata pepatah 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan'. Ia akan terus segar dalam ingatan sebagai sejarah keluarga.

(post saya di Words Through My Thought - 23 April 2009)

1 comment: