Friday 30 September 2011

melihat 'negara' Sabah..

Ini luahan rasa. Luahan rasa kerana sayangkan 'negara' Sabah. Iya Negara Sabah. Kenapa? Terkejut? Iya, sejak bila Sabah ini adalah sebuah negeri di bawah Federation Malaysia? Sabah bukan Pahang. Sabah tidak sama dengan Perlis, Johor mahupun Melaka. Sabah sebuah wilayah sendiri dahulunya sama seperti Singapura dan Brunei. Kemenjadiannya Persekutuan Malaysia adalah kerana adanya gabungan di antara Tanah Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak. Tidak pun ternyata Pahang atau Johor atau Melaka sebagai gabungan di antara Singapura, Sabah dan Sarawak ini. Yang ada cuma Tanah Malaya. Jadi sejak bila Sabah setaraf dengan negeri-negeri di Tanah Malaya?

Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua,
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah Negeri Merdeka...

Sepatutnya negeri ini negeri merdeka, bukan negeri yang dikongkong oleh suatu kuasa parti dari luar Sabah. Kuasa berlagak seperti koloni Inggeris dulu-dulu. Ceh! Apalah makna merdeka kita ini kalau akhirnya harta kekayaan bumi Sabah dirompak dirampas demi kekayaan orang luar. Bukankah sama seperti koloni Inggeris dulu kalau begini? Macam kita sudah 'bangang' seolah tidak pandai menilai. Bikin meluat dengan rupa gaya yang sombong orang-orang Malaya yang angkuh. Mau jadi 'boss' di mana-mana gayanya. Tengok pada suatu ketika, itu keangkuhan lebur macam 'tahi' di dalam lubang tandas nanti. Serupa saja...

No comments:

Post a Comment